PRN Selangor: Mohd. Imran calon utama pertahan Sungai Panjang - Utusan Malaysia

PRN Selangor: Mohd. Imran calon utama pertahan Sungai Panjang

Mohd. Imran
JAMAL Md. Yunos beramah mesra dengan tetamu dan orang ramai pada program itu di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin disenaraikan sebagai  calon utama Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Selangor itu antara tiga nama bakal calon yang diserahkan kepada kepimpinan parti untuk dimuktamadkan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya termasuk akar umbi sebulat suara memilih Mohd. Imran sebagai calon utama kerusi N03 tersebut.

“Kita memang ada beberapa nama calon lain namun beliau (Mohd. Imran) sudah menjadi wakil rakyat selama satu penggal dan masih muda. 

“Beliau ketika ini adalah top list (senarai atas) calon bagi mengekalkan kerusi itu dan saya akan memberi sokongan penuh kepadanya kelak,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO bahagian itu di Sekinchan di sini, malam tadi.

Utusan Malaysia pada 9 April lalu melaporkan tiada pertembungan calon antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi PRN di Sungai Besar sebaliknya fokus kepada satu lawan satu gabungan itu bersama Perikatan Nasional (PN).

Jelas Jamal, pihaknya turut tidak akan meletakkan calon bagi kerusi DUN Sekinchan yang dijangka bakal diwakili penyandangnya, Ng Suee Lim dari DAP.

“Saya juga akan menyokong Suee Lim kerana kami adalah orang parti yang sentiasa mengikut kehendak pimpinan atasan. Atas semangat Kerajaan Perpaduan, kita semestinya memikirkan apa yang terbaik kepada parti dan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya berharap pengundi dari DAP turut akan memberi sokongan kepada calon BN kerana pentadbiran kerajaan merupakan yang terbaik ketika ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohd. Imran menang majoriti 2,084 undi dengan menewaskan calon dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya