PRN Selangor: Ahmad Mustain sedia pertahan Sabak - Utusan Malaysia

PRN Selangor: Ahmad Mustain sedia pertahan Sabak

Sabak
AHMAD Mustain Othman (kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada program itu di Parit 9 Timur, Sabak Bernam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman bersedia mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Bagaimanapun, menurut Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sabak Bernam itu, beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan calon di kawasan itu.

“Kalau ditakdirkan ada kerusi untuk saya, saya amat bersyukur namun berserah sekiranya tidak dipilih. Kita tunggu sahaja keputusan dan arahan pucuk pimpinan nanti,” katanya pada Program Jualan Murah Barangan Asas Kerajaan Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak di Parit 9 Timur di sini, hari ini. 

Jelas Ahmad Mustain, kira-kira 99 peratus usaha beliau bagi kerja pembangunan dan perancangan untuk kemajuan di daerah ini mencapai kejayaan.

“Projek pembangunan itu antaranya menyediakan kemudahan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Air Manis, pembangunan semula hotel Hay Resort dan Projek Perumahan Taman Air Manis yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu.

“Kini, hanya satu peratus belum terlaksana dan masih gagal dalam manifesto peribadi saya iaitu meningkatkan hasil padi,” ujarnya.

Tambah beliau, fokus utamanya akan memastikan nasib pesawah terus terbela sekiranya kekal di kerusi DUN tersebut.

Untuk rekod, Ahmad Mustain memenangi kerusi itu atas tiket Parti Amanah Negera (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum keluar menyertai PKR pada Ogos 2020.

PKR sebelum ini dilaporkan bersedia memulangkan dua kerusi iaitu DUN Sabak dan Meru kepada Amanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya