PRN: Rundingan pembahagian kerusi PH-BN hanya tinggal 5 peratus - Utusan Malaysia

PRN: Rundingan pembahagian kerusi PH-BN hanya tinggal 5 peratus

CHANG LIH KANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Rundingan mengenai pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri kini telah mencapai 95 peratus.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, selain parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH), rundingan yang sama turut melibatkan rakan sekutu mereka iaitu Barisan Nasional (BN).

“Setakat ini, yang belum selesai (rundingan) itu sangat sedikit. Saya fikir dalam lima peratus sahaja,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan rasmi ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Lih Kang dalam sidang akhbarnya sebelum ini memberitahu, rundingan mengenai pembahagian kerusi antara parti di bawah Kerajaan Perpaduan di keenam-enam negeri itu menunjukkan perkembangan yang positif.

Mengulas lanjut, beliau berkata, secara umumnya, rundingan tersebut berjalan lancar dan beliau yakin dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah sebelum PRN berlangsung.

Ditanya mengenai formula pengagihan kerusi di bawah Kerajaan Perpaduan, jelas beliau, ia seperti yang dipersetujui bersama sebelum ini iaitu penyandang akan kekal mempertahankan kerusi masing-masing.

“Secara amnya begitulah. Tempat yang kita menang, rakan-rakan lain (dalam Kerajaan Perpaduan) tidak akan ‘sentuh’.

“Tapi itu secara am sahaja. Sudah tentu negeri yang berbeza ada strategi yang berbeza juga,” ujarnya yang memberitahu, bendera atau logo yang akan dipakai oleh pakatan PH-BN akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi tidak lama lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya