PRN: Nama calon BN Kedah diserah dalam masa terdekat

PRN: Nama calon BN Kedah diserah dalam masa terdekat

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Barisan Nasional (BN) Kedah masih dalam proses meneliti senarai nama calon-calon gabungan itu yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, nama calon yang boleh menang dan berwibawa itu akan disenaraikan dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada pucuk pimpinan.

“Bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, kita akan menyenaraikan beberapa nama yang dirasakan sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dan menyumbang kemenangan kepada parti.

“Calon terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita fokus kepada kawasan DUN yang akan dipilih bertanding kelak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sik, semalam.

Sementara itu, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu merapatkan semula barisan selepas selesai pemilihan parti bagi menghadapi PRN kerana kewujudan parti politik adalah untuk menang dalam pilihan raya.

Mahdzir yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, menang atau kalah dalam pemilihan parti tidak membawa sebarang makna, sebaliknya perlu berkuasa sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan.

“Kita ambil pengajaran dan berpakat balik untuk menang dalam PRN kerana dengan adanya kuasa mentadbir barulah parti kita akan terus hidup. Kita perlu bersungguh-sungguh untuk memenangkan kerusi terbanyak dalam PRN ini selepas diputuskan kerusi mana yang akan diberikan,” katanya.

Katanya, perlu diingatkan bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang boleh berubah pucuk pimpinan mentadbir kerajaan negeri berasaskan kepada parti.

“Jadi kita perlu berganding bahu, tambahan lagi dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) sekarang, peluang untuk kita kembali memperolehi kerusi terbanyak tidak mustahil akan berlaku. Kita telah tubuh Majlis Perpaduan di peringkat negeri dan bersiap sedia untuk menyumbang tenaga di mana-mana DUN yang akan ditetapkan bertanding kelak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya