PRN: ADUN Meru serah kepada pucuk pimpinan PKR - Utusan Malaysia

PRN: ADUN Meru serah kepada pucuk pimpinan PKR

Meru
MOHD. FAKHRULRAZI MOHD. MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar menyerahkan masa depan politiknya kepada pucuk pimpinan PKR untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurutnya, penentuan calon mestilah melalui rundingan antara kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan beliau akur dengan sebarang keputusan parti.

“Saya tidak berhak untuk menentukan di mana saya akan bakal bertanding atau tidak bertanding (PRN Selangor), tetapi secara peribadi sudah pastilah saya lebih selesa untuk berada di DUN (Dewan Undangan Negeri) sama (Meru),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kerjasama Pemasaran Produk Berasaskan Kelapa antara Citra Resources and Services dan PT Nira Lestari International Indonesia, semalam.

Beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu memenangi kerusi DUN Meru atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah). Bagaimanapun, krisis dalaman Amanah dan PKR menyebabkannya bertukar parti.

Mohd. Fakhrulrazi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Stanco Industri Halal Selangor memberitahu, pelbagai sudut diambil kira dalam penentuan calon PRN dan parti mementingkan soal kepentingan bersama berbanding kehendak individu.

Namun, sepanjang sepenggal perkhidmatannya di DUN Meru mendakwa pelbagai perkara berjaya diselesaikan.

“Empat fokus utama saya di Meru ini telah selesai iaitu isu infrastruktur, banjir, sampah dan warga asing. Setakat ini juga, lebih 90 peratus jalan di DUN saya telah dibaik pulih melainkan jalan persendirian.

“Berkaitan masalah banjir pula banyak projek tebatan banjir dilaksanakan dan walaupun ia tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, tetapi sudah banyak perubahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya