PPIM gantung pegawai, nafi kenyataan minta pertimbangan Motac

PPIM gantung pegawai, nafi kenyataan minta pertimbangan Motac

NADZIM JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak menggantung tugas seorang pegawainya serta-merta berhubung satu sidang akhbar dilakukannya semalam.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menerusi kenyataan berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sebarang kenyataan atau sidang akhbar dibuat oleh pegawai itu.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan malahan PPIM juga masih meneliti maklumat kes dan siasatan pihak berkuasa sendiri,” katanya sebagai merujuk laporan akhbar ini semalam yang menyatakan pegawai tersebut meminta bakal jemaah umrah mempertimbangkan aduan mengenai agensi pengendalian umrah.

Ini termasuk aduan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) berhubung isu penangguhan tarikh penerbangan ke tanah suci oleh agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, PPIM menggantung pegawai tersebut kerana didapati melanggar etika apabila mengeluarkan kenyataan mewakili badan itu tanpa kebenaran.

“Jawatankuasa PPIM telah mengambil tindakan penggantungan jawatan pegawai itu kerana perbuatannya bercanggah dengan keputusan jawatankuasa PPIM,” tegasnya.

Pada masa sama, organisasi tersebut memandang serius sebarang kenyataan yang boleh menggugat kes melibatkan pengguna khususnya kerugian ditipu pemain industri umrah.

PPIM turut menafikan pihaknya ada meminta Motac mempertimbangkan semula tindakan perundangan terhadap mana-mana agensi ekoran masalah urusan tertentu yang timbul.

Justeru, PPIM menegaskan bahawa kenyataan dibuat pegawai berkenaan tidak mewakili pandangan badan tersebut dan PPIM tidak memihak pihak yang menganiaya pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya