Polis Sabah cadang bina balai polis baharu di Kalabakan, Nabawan

Polis Sabah cadang bina balai polis baharu di Kalabakan, Nabawan

DAERAH Kalabakan dikenal pasti sebagai salah satu daripada dua lokasi pembinaan balai polis baharu di Sabah .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah merancang untuk membina dua balai polis baharu di Kalabakan dan Nabawan yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, perancangan membina dua balai polis baharu di dua daerah tersebut telah dikemukakan kepada pihak atasan dan maklum balas yang diterima amat positif.

Beliau berkata, pembinaan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu penting kerana kedua-dua kawasan tersebut bersempadan dengan negara jiran, Indonesia.

“Tapak telah dikenalpasti dan perbincangan dengan Jabatan Tanah dan Ukur juga sedang dilakukan.

“Justeru, saya akan cuba dapatkan peruntukan melalui RM500 juta yang diberikan kepada Sabah dan perlu digunakan dalam tempoh lima tahun ini,” katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan serah terima tugas empat jawatan ketua jabatan PDRM Sabah di Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Jauteh mengingatkan pegawai dan anggota PDRM Sabah agar jangan mengambil nama atas hasil kerja orang bawahan. Budaya mengambil nama atas hasil kerja rakan sekerja lain demi kepentingan peribadi adalah satu budaya yang tidak elok untuk diamalkan.

“Jadi, sepanjang saya menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah, saya akan memastikan bahawa anggota yang mendapat kredit itu layak mendapat kredit (nama) atas hasil usaha dan kerja keras mereka,” katanya.

Menurut Jauteh, beliau tidak gemar dengan sikap pegawai atau ketua yang mengambil nama atas usaha dan kerja keras orang bawahannya.

Tambahnya, beliau tidak suka orang yang mengambil nama atas hasil kerja pegawai bawahan tapi, dipersembahkan kepadanya sebagai hasil kerja ketua atau pegawai atasan.

“Itu sikap pegawai atau ketua yang tidak bertanggungjawab, orang yang sepatutnya berhak mendapat kredit atau nama daripada hasil usaha mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jauteh berkata, seramai 500 orang pegawai dan anggota Polis Trafik akan digerakkan di seluruh Sabah sempena perayaan Pesta Kaamatan yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Beliau berkata, penugasan anggota trafik itu penting dalam memastikan kelancaran lalulintas sepanjang Pesta Kaamatan berlangsung. Malah, PDRM juga akan mencadangkan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya semasa kemuncak Pesta Kaamatan pada hujung bulan ini.

Dalam majlis itu, Jauteh menyaksikan serah-terima tugas empat ketua-ketua jabatan iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daripada Senior Asisten Komisioner (SAC), Sapil Ahmad kepada SAC Azmi Rahim; Ketua Jabatan Pengurusan daripada Asisten Komisioner (ACP), Wan Badrul Hisham Wan Osman kepada SAC Nik Md Zain Nik Omar; Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi daripada Deputi Superitendan Leo Sojie kepada ACP Datin Laili Sagir; dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) daripada Superitendan Moses Govindarajoo A/L Govindarajoo kepada Deputi Superitendan Lyda Ismail selaku pemangku KJSJK.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya