Polis mohon bantuan kesan remaja 16 tahun - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Kehilangan remaja dikenali sebagai N. Daarshini itu disedari keluarga apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari.

Usaha dilakukan keluarga remaja itu bagi mengesannya namun gagal sebelum laporan polis dibuat semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noor Aisyah Mat Isa di talian 011-16338463.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-62992222,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya