PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyumbangkan sebanyak 200 botol air mineral kepada 93 orang murid Orang Asli etnik Jahut dan 93 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini.
Pengerusi PIBG SK Sungai Kiol, Walik a/l Ting, 50, berkata, sumbangan air minuman tersebut sebagai tanda prihatin dengan kebajikan dan kesihatan murid termasuk guru ketika berdepan cuaca panas di persekitaran sekolah dan dalam kelas.
“Ini merupakan tanggungjawab sosial PIBG berasaskan masyarakat penyayang kerana murid di sini juga merupakan anak kami serta menghargai komitmen guru yang menjalankan tugas mengajar dengan penuh dedikasi,” katanya di SK Sungai Kiol, Jerantut, Pahang baru-baru ini.- utusan