Pesisir Pantai Klebang bakal dikenali Klebang Walk

Pesisir Pantai Klebang bakal dikenali Klebang Walk

LIM Ban Hong (dua dari kiri) dan Shadan Othman (dua dari kanan) menunjukkan pelan pembangunan Klebang Walk di Pantai Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kawasan pesisir Pantai Klebang di sini bakal berwajah baharu apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaik taraf lokasi itu dalam usaha menjadikannya sebagai tempat riadah dan pelancongan terbaik di Melaka.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, semua peniaga dan penjaja termasuk trak makanan akan disusun semula dalam usaha mengindahkan kawasan itu menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Menurutnya, jalan raya di pesisir pantai bakal diturap semula termasuk kawasan sekitar akan diterangi dengan lebih banyak lampu.

“Kawasan itu dijenamakan semula, akan dikenali sebagai Klebang Walk serta dilancarkan selewat-lewatnya November ini. MBMB amat sedih dan kecewa melihat banyak peniaga mengambil mudah bila kita beri kebenaran, mereka berniaga meninggalkan lori dan pelbagai barangan di tapak parkir serta kawasan sekitar.

“Trak makanan ditinggalkan di tempat parkir termasuk kerusi meja pun begitu juga, alat permainan kanak-kanak ditinggalkan di kawasan rekreasi hingga mencacatkan pemandangan. Lebih teruk apabila peniaga trak makanan membuang air di atas jalan hingga menyebabkan laluan di kawasan ini berbau busuk.

“Kawasan ini akan menjadi lebih buruk jika kita tidak mengawalnya dari sekarang. Keadaan akan menjadi lebih teruk, mungkin pengunjung dan pelancong akan kurang datang ke sini,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong, semalam.

Sementara itu, Ban Hong berkata, MBMB juga bersetuju agar peniaga trak makanan dipindahkan ke lokasi lain dan tidak lagi berniaga di kawasan parkir.

“Gerai dua tingkat berasaskan kontena sebanyak 16 unit menggantikan Kafe Bas akan dibuka untuk operasi dalam tempoh tiga bulan lagi, sekali gus mencantikkan kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya