Pertimbang gajikan semula pemandu yang putus tangan kanan  

Pertimbang gajikan semula pemandu yang putus tangan kanan  

CHE Ibrahim Che Ismail (berdiri) melayan tetamu menjamu selera dalam sambutan Aidilfitri di Panji, Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Konsortium E-Mutiara Berhad sedang mempertimbangkan seorang pemandunya yang terlibat dalam kemalangan untuk berkhidmat semula dengan syarikat berkenaan.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, ini kerana pemandu bas terbabit yang berusia 26 tahun adalah pekerja berdedikasi.

“Pekerjaan yang akan diberikan juga perlu diteliti mengikut kesesuaian beliau di syarikat berkenaan dan bukan lagi sebagai pemandu bas. Lagi pun dia juga seorang kidal.

“Setakat ini, semuanya dalam proses dan akan memaklumkan kemudian kepada beliau yang  masih belum sihat sepenuhnya akibat terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori  menyebabkan tangan kanannya putus pada 15 April lalu,” katanya kepada pemberita dalam majlis Aidilfitri di Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata, mangsa yang juga pemandu bas Mutiara Rentas Desa atau henti-henti berkhidmat hampir setahun juga masih bujang.

Katanya, pihaknya juga sudah berjumpa dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membolehkan mangsa mendapat faedah  pampasan.

“Kita juga berbincang dengan Perkeso mengenai tangan kanan palsu kepada mangsa. Sebelum ini, pihak kita sudah berjumpa dengan mangsa selepas kejadian menimpanya dan turut bersimpati,” katanya.

Pada 15 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemandu putus tangan kanan selepas bas yang dipandunya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintasan Kampung Seri Aman, di sini.

Kejadian pukul 4.20 petang itu turut mengakibatkan dua penumpang bas mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya