Perlumbaan Perahu Naga Melaka bakal jadi acara dunia

Perlumbaan Perahu Naga Melaka bakal jadi acara dunia

PERLUMBAAN Perahu Naga Melaka bakal berlangsung bermula 8 Jun sehingga 2 Julai ini di Sungai Melaka berhampiran Dataran Persahabatan Malaysia-China dan River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas hampir 41 tahun Perlumbaan Perahu Naga Melaka hanya bergelar acara tempatan, kerajaan negeri akhirnya berhasrat untuk menjadikan pertandingan itu bertaraf dunia sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, perlumbaan perahu naga merupakan salah satu perayaan tradisional utama kaum Cina iaitu acara sukan air utama yang telah wujud sejak 2,000 tahun lalu.

Beliau berkata, pembukaan penyertaan kepada lain-lain negara dijangka dapat mempromosikan Melaka bagi mencapai sasaran TMM 2024 iaitu 8.4 juta kehadiran pelancong.

Ujarnya, untuk tahun ini Perlumbaan Perahu Naga Melaka bakal berlangsung bermula 8 Jun sehingga 2 Julai ini di Sungai Melaka berhampiran Dataran Persahabatan Malaysia-China dan River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama di sini.

“Pemilihan Sungai Melaka sebagai lokasi program adalah kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai fasiliti mencukupi bagi penganjuran program ini dan mampu menarik pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat perlumbaan perahu naga dan program diadakan.

“Menjadi harapan agar program ini menjadi sebutan dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara, terutamanya sebagai destinasi pelancongan sukan. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Melaka terutamanya TMM 2024 sebagai destinasi utama bagi penganjuran program ini pada masa akan datang.

“Perlumbaan ini diadakan sempena Pesta Duanwu iaitu salah satu perayaan tradisional utama dalam kaum Cina dan merupakan acara sukan air yang utama,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan, Kota Cemerlang di sini, hari ini.

ABDUL RAZAK Abdul Rahman (empat dari kiri) menunjukkan kaligrafi berupa perahu naga dipercayai dari Dinasti Han di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan, Kota Cemerlang, Melaka.

Tambah Abdul Razak, sebagai pembukaan, satu perarakan perahu naga akan diadakan pada 18 Jun ini di Dataran Persahabatan Malaysia-China.

“Perarakan ini akan menjadi simbolik kepada pembukaan rasmi Perlumbaan Perahu Naga Melaka yang akan berlangsung pada 2 Julai di RIC, Pengkalan Rama. Program ini dikategorikan sebagai sub sektor pelancongan sukan Melaka, sekaligus mampu menarik lebih ramai pelancong,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya