Perdana Menteri berhak umum projek, peruntukan negeri dilawati - Utusan Malaysia

Perdana Menteri berhak umum projek, peruntukan negeri dilawati

MOHAMMAD Agus Yusoff (dua, kiri) menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada pelajar asnaf pada Jelajah Ikon Madani di UMT, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perdana Menteri berhak mengumumkan sebarang projek atau peruntukan di negeri-negeri yang dilawati, walaupun negeri itu ditadbir parti pembangkang.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, pengumuman projek atau peruntukan itu adalah dibuat selepas mendapat kelulusan bajet.

Beliau menegaskan, tidak wujud unsur rasuah oleh Kerajaan Perpaduan yang mahu memastikan peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat di setiap negeri dapat dilaksanakan.

“Jika pengumuman projek itu bertujuan menambah baik infrastruktur, menjana ekonomi dan memenuhi keperluan rakyat, itu bukan rasuah sebaliknya itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Perdana Menteri menunjukkan sikap Madani apabila bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan rakyat,” katanya selepas merasmikan Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, hari ini.

Lebih 2,000 pelajar dari beberapa universiti di negeri ini menyertai program berkenaan yang dianjurkan dengan dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dan dihoskan, Ikon Madani, Datuk Aznil Nawawi.

Beliau berkata, program jelajah itu adalah yang ketiga selepas Kelantan dan Negeri Sembilan dalam usaha J-Kom mendekati golongan belia bagi menerangkan konsep pentadbiran Malaysia Madani.

Menurut Mohammad Agus, pihaknya akan terus menjalankan fungsi mengubah persepsi sebilangan masyarakat tentang dasar-dasar Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini termasuk menjelajah ke pelosok kampung dan desa di seluruh negara selain mahu menjadikan J-kom sebagai antara contoh teladan dengan bersikap madani kepada rakyat.

“Sudah tiba masanya J-Kom maju ke depan bagi memberi kefahaman lebih lanjut, bukan niat berpolitik sebaliknya mahu memastikan agenda kesejahteraan rakyat diutamakan,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya