Peranan besar Akademi Pengajian Melayu kaji kekuatan bangsa

Peranan besar Akademi Pengajian Melayu kaji kekuatan bangsa

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peranan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya bukan hanya mengkaji sastera atau budaya Melayu tetapi lebih daripadanya iaitu melihat kekuatan, ancaman dan cabaran terhadap bangsa tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fungsi akademi itu sepatutnya memelihara segala khazanah dan kearifan Melayu serta apa saja mengenainya mungkin termasuk akhbar mempengaruhi minda kaum tersebut.

“Ramai orang ingat pengajian Melayu itu ialah kaji sastera atau budaya Melayu. Akademi ini tujuannya untuk kaji mengenai bangsa Melayu, kekuatan dan ancaman serta cabaran terhadapnya, bukan soal sastera atau manuskrip.

“Orang Melayu hari ini diasak dengan modenisasi, siapa kaji hal ini kalau bukan akademi ini. Atas sebab itu ia sangat penting untuk orang Melayu faham peranan akademi ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Mohamed Khaled mahu pengajian Melayu perlu diangkat sebagai bidang dan disiplin ilmu yang lebih strategik dengan melakukan rombakan terhadap struktur pengajian tersebut.

Beliau melahirkan pandangan itu dalam Syarahan Za’ba yang bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan Pengisian Tuntutan Globalisasi’ di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya semalam.

Tambah beliau, pengajian Melayu perlu dilengkapkan dengan rangkaian sumbangan yang jelas dan terlihat kepada bangsa dan negara memandangkan masyarakat kini berada pada zaman yang sarat dengan cabaran.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan orang Melayu hari ini kini diasak dengan modenisasi dan perkara ini menjadi peranan akademi itu untuk melakukan kajian terhadap soal itu.

“Adakah Melayu akan pupus dan hilang jati diri dimasa akan datang? Orang Melayu hari ini diasak dgn modenisasi, jadi siapa kaji hal ini kalau bukan akademi ini.

“Atas sebab itu, ia sangat penting untuk orang Melayu faham peranan akademi ini,” katanya.

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ditubuhkan pada 1990 hasil daripada Laporan Lembaga Pengajian Mengenai Akademi Pengajian Melayu telah menetapkan pelbagai objektif antaranya menjadi pusat kegiatan pengajian Melayu terunggul di dunia dengan kegiatan seminar, persidangan dan kegiatan akademik lain berhubung dengan orang Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya