IPOH: Perak FC memecat Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super.
Pemecatan Teong Kim dibuat dua hari selepas Perak tumpas 1-3 kepada Sabah dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.
Sebelum itu, Perak dibaham Selangor FC di Ipoh 4-0.
Bagaimanapun, sebab sebenar pemecatan itu dipercayai gara-gara Teong Kim gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) selepas 12 perlawanan.
Perak hanya menang dua perlawanan serta seri tiga dan tumpas tujuh perlawanan.
Pengumuman rasmi daripada Perak FC mengenai pemecatan Teong Kim dikeluarkan oleh kelab itu sebentar tadi..
Sebelum itu, ura-ura jurulatih itu dipecat bertiup kencang dalam laman media sosial kelab peminat.
Kini, Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara the Bos Gaurus. – UTUSAN