Penyebar video amang seksual beranak dicekup - Utusan Malaysia

Penyebar video amang seksual beranak dicekup

Amang seksual
RAMLI KASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang penganggur diberkas bagi membantu siasatan kes seorang ibu melakukan amang seksual dengan anak lelakinya di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis dekat sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi kerana dipercayai terlibat menyebarkan video adegan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan itu dilakukan hasil siasatan terutama melibatkan rakaman video dua beranak tersebut, namun suspek bukan ahli keluarga.

“Semakan mendapati lelaki yang menetap di Bandar Sri Damansara itu memiliki dua rekod jenayah iaitu kes pemerasan dan rogol.

“Selain itu, polis merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pada program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini, pagi tadi.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan perbuatan jijik seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya terbongkar dan dicekup polis di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, suspek berusia 33 tahun dikatakan turut merakam aksi dengan remaja berusia 14 tahun itu menerusi telefon bimbit.

Tambah Ramli, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kebenaran reman ke atas suspek akan diperoleh daripada mahkamah.

“Suspek utama iaitu wanita berkenaan masih direman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi tindakan pendakwaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya