JERANTUT: Penoreh dan pekebun getah di negeri ini meminta kerajaan menetapkan harga getah pada RM3 atau RM4 sekilogram dan bukannya RM2.70 seperti yang dilaksanakan ketika ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2023 pada 24 April lalu. Ini kerana kata mereka, harga lantai getah RM2.70 sekilogram masih tidak menjamin keselesaan pendapatan serta perbelanjaan memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan, Pertubuhan Pekebun Kecil Pahang, Anuar Mustakim, 59, berkata, kira-kira 5,000 orang pekebun kecil dan penoreh getah negeri ini berharap kerajaan dapat memenuhi tuntutan mereka menaikkan harga komoditi itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya