Penjual petai maut dilanggar selepas jatuh motosikal - Utusan Malaysia

Penjual petai maut dilanggar selepas jatuh motosikal

KEADAAN motosikal mangsa dalam nahas di Kilometer 315, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Gara-gara terlanggar ‘box’ sebuah motosikal berkuasa tinggi, seorang lelaki maut dilanggar kenderaan selepas terjatuh di atas jalan di Kilometer 315, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.

Kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu mengorbankan penjual petai, S. Mathavan, 37, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, nahas membabitkan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dan sebuah motosikal jenis BMW ditunggang pasangan suami isteri yang beralamat di Cameron Highlands, Pahang.

Katanya, ketika kejadian, suami isteri itu dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands menuju ke Ipoh manakala motosikal ditunggang mangsa pula dari Tapah ke Ipoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal berkuasa tinggi itu mengalami kerosakan iaitu tayar pancit dan telah berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa yang datang dari arah belakang kemudiannya melanggar ‘box’ sebelah kanan motosikal tersebut dan terjatuh di lorong kiri sebelum dilanggar kenderaan yang masih belum diketahui nombor pendaftaran dan jenisnya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pasangan suami isteri itu tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Katanya, kedua-dua kenderaan terlibat juga telah disita untuk pemeriksaan Puspakom dan usaha sedang dilakukan bagi mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya