KOTA TINGGI: Kira-kira 50 peniaga Pasar Awam Kota Tinggi melahirkan rasa kecewa apabila diarah berpindah ke lokasi baharu yang dianggap kurang strategik dan jauh dari pusat bandar. Rata-rata peniaga yang telah berpuluh tahun berniaga di pusat perdagangan Kota Tinggi itu mendakwa dipaksa berpindah ke Taman Kota Jaya yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi asal. Peniaga sayur, K. Sashideran, 60 berkata lokasi baharu yang disediakan pihak Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) itu terletak jauh dari penempatan penduduk. Katanya, peniaga tiada pilihan terpaksa menandatangani borang persetujuan untuk berpindah sebelum Ramadan lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya