Pengusaha hotel Pulau Pinang wajib guna sistem online bayar fi hotel - Utusan Malaysia

Pengusaha hotel Pulau Pinang wajib guna sistem online bayar fi hotel

YEOH Soon Hin (empat dari kanan) ketika merasmikan sistem pembayaran online 'Penang Hotel Fee Online System' di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kesemua pengusaha hotel di negeri ini kini diwajibkan menggunakan sistem pembayaran online ‘Penang Hotel Fee Online System’ untuk membayar fi hotel masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kadar bayaran fi itu adalah tetap sama seperti sebelum ini RM3 bagi hotel empat dan lima bintang bagi satu bilik/satu malam dan RM2 (satu bilik/satu malam) bagi hotel tiga bintang dan ke bawah termasuk dormitori, hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan.

Jelas beliau, sistem pembayaran online itu mula diperkenalkan November tahun lalu dan sejak April lalu, pengusaha-pengusaha hotel perlu membayar fi hotel menggunakan sistem tersebut.

”Sebelum ini mereka membayar fi hotel menggunakan cara manual dan kita yakin dengan pembayaran secara online ini proses kutipan data serta analisis kedatangan pelancong ke negeri ini lebih mudah dijalankan,” katanya selepas merasmikan sistem pembayaran dalam talian ‘Penang Hotel Fee Online System’ di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir. A. Rajendran.

Menurut Soon Hin, pihaknya berharap kira-kira 300 pengusaha hotel di negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri mengunakan sistem online itu untuk membayar fi hotel mereka.

”Pengusaha hotel mesti bergerak ke depan dan menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan pelanggan dan urusan harian mereka.

“Sistem ini menawarkan fleksibiliti dan kemudahan yang lebih baik, ia membolehkan pengusaha hotel membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya.

Tambah beliau, kutipan fi hotel itu terhenti kira-kira dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19 dan hanya mula dikutip semula Julai tahun lalu.

Jelasnya, hasil kutipan fi hotel itu akan digunakan kembali untuk mempromosikan Pulau Pinang di luar negara supaya lebih ramai pelancong asing berminat ke negeri ini.

”Setakat Januari hingga Mac tahun ini, kira-kira RM2 juta fi hotel berjaya dikutip dan kita jangka kutipan tahun ini akan mencecah RM8 juta berdasarkan situasi pelancongan dan ekonomi semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Tony berkata, kira-kira 100 ahli MAH Pulau Pinang telah menggunakan sistem online itu untuk membayar fi hotel masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya