Penampilan Aishwarya Rai persis kebab Shawarma - Utusan Malaysia

Penampilan Aishwarya Rai persis kebab Shawarma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penampilan selebriti Bollywood, Aishwarya Rai, 49, yang mengenakan gaun berwarna kelabu semasa Festival Filem Cannes 2023 di Cannes, Perancis dikritik seperti dibalut dengan kertas aluminium.

Suka atau tidak, penampilan aktres itu dengan gaun dilitupi penutup berwarna perak yang dipasangkan dengan tekstil hitam di bahagian hadapan menjadi subjek perbincangan dalam media sosial.

Rata-rata warga maya berasa jelik dengan penampilan pelakon filem Mohabbatein yang ditaja oleh Sophie Couture.

Ada pengguna media sosial mengatakan pemakaian tersebut mengingatkan mereka seperti kebab Shawarma serta ‘perkhidmatan penghantaran aiskrim Swiggy’.

Seorang pengguna berkongsi gambar aiskrim yang dibungkus bersama gambar gaun perak yang dipakai isteri kepada Abhishek Bachchan.

Seorang pengguna lain pula berkongsi gambar seorang lelaki yang membawa cadar perak untuk melindungi dirinya daripada hujan. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya