BINTULU : Seorang maut, manakala seoang cedera ringandalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Bintulu-Sibu, berhampiran Budiman Driving Academy di sini hari ini.
Mangsa yang maut adalah pemandu sebuah pikap, manakala yang cedera ringan merupakan pemandu sebuah kereta.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata anggota bomba dari Balai Bomba Bintulu dikerahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan.
Hu Seih Hing disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai paramedik selepas dia keluarkan dari dalam kenderaannya yang terbalik oleh pasukan anggota bomba.
Mayatnya kemudian diserahkan kepada ihak polis dan dibawa ke Hosital Bintulu untuk tindakan lanjut.
Sementara pemandu wanita yang cedera dikejarkan ke Hospital Bintulu oleh orang awam.- utusan