Pelanggan kini boleh nikmati menu baharu Bebola Tumbuhan di IKEA Batu Kawan - Utusan Malaysia

Pelanggan kini boleh nikmati menu baharu Bebola Tumbuhan di IKEA Batu Kawan

ZULKARNAIN KAMARUDDIN menunjukkan lima menu baharu Bebola Tumbuhan ketika sesi review makanan di Restoran ala Sweden IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Gedung perabot terkemuka IKEA Batu Kawan, di sini memperkenalkan menu baharu Bebola Tumbuhan sekali gus menyumbang kepada cita-cita IKEA untuk menjadi positif iklim menjelang tahun 2030.

Pengurus Restoran Komersil IKEA Batu Kawan, Zulkarnain Kamaruddin, 50, berkata, pelancaran menu baharu tersebut dibuat serentak di cawangan IKEA seluruh negara bermula hari ini.

“Menu baharu ini diinspirasikan daripada tumbuhan seperti protein kacang pis kuning, oat, kentang, bawang dan epal, yang mana kami menyasarkan menjadikan 50 peratus daripada makanan utama restoran kami berasaskan tumbuhan menjelang tahun 2025,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas sesi review makanan di Restoran ala Sweden IKEA di sini, baru-baru ini.

Katanya, dengan mengembangkan lagi tawaran makanan berasaskan tumbuhan IKEA, pelanggan kini boleh menikmati bebola tumbuhan dengan kentang lecek, brokoli dan jem lingonberi di Restoran ala Sweden di semua gedung IKEA di Malaysia bermula pada harga serendah RM5.90.

“Sebanyak lima menu baharu Bebola Tumbuhan diperkenalkan di Restoran ala Sweden di sini serta seluruh cawangan IKEA di Malaysia yang menawarkan harga berpatutan selain sajian yang dihidangkan adalah 100 peratus halal,” katanya.

Tambahnya, hidangan Bebola Tumbuhan itu didatangkan dengan dua jenis set hidangan iaitu bagi dewasa dan kanak-kanak.

Jelasnya, set kanak-kanak berharga RM5.90 sepinggan didatangkan bersama lima biji bebola tumbuhan, kentang lecek, brokoli dan jem lingonberi.

“Set dewasa pula masing-masing terdiri daripada menu lapan dan 12 biji bebola tumbuhan yang dihidangkan bersama kentang lecek, brokoli dan jem lingonberi berharga RM9.90 dan RM12.90.

“Dua lagi menu baharu iaitu Roti Belebat Bebola Tumbuhan berharga RM6.50 dan Pasta Bebola Tumbuhan (lima biji) berharga RM7.90,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya