Pelajar UiTM terpilih ke Mesyuarat Pemenang Nobel Lindau ke 72

Pelajar kursus pergigian UiTM antara 600 Saintis Muda ke Mesyuarat Pemenang Nobel Lindau ke 72

NORHASMIRA MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelajar pasca siswazah Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Norhasmira Mohammad mencipta sejarah apabila berjaya terpilih daripada 600 orang saintis muda di ’72nd Lindau Nobel Laureate Meeting 2023′.

Menurut kenyataan UiTM, Norhasmira atau lebih selesa dengan panggilan Has, memulakan pengajian pada tahun 2018 dan bakal bergraduasi pada sesi konvokesyen Mei 2023 ini.

“Pelajar yang meminati bidang pengaturcaraan ini memilih Fakulti Pergigian UiTM untuk meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di bawah seliaan Prof. Dr. Mohd. Yusmiaidil Putera Mohd. Yusof.

“Difahamkan, hanya lima orang pelajar Malaysia yang terpilih menyertai Lindau Nobel Laureate Meeting ini dan hanya beliau yang berjaya menempa nama sehingga ke peringkat akhir selepas mengharungi proses interbiu yang panjang,” katanya hari ini.

Jelas UiTM lagi, pelajar tersebut telah pun menerima jemputan ke Lindau, Jerman, pada hujung Jun 2023 dan berpeluang menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman bersama pakar saintis psikologi dan perubatan pada ‘2023 Lindau Meeting’ tersebut.

UiTM memberitahu, menurut ibu kepada tiga orang anak kecil tersebut, penyertaan Lindau Nobel Laureate Meeting itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak kriteria dan prosedur yang perlu dipenuhi.

“Tambahan lagi, pelajar yang berasal dari Melaka ini turut berjaya menghasilkan beberapa artikel berindeks dan memenangi pingat lebih daripada 10 kali di pertandingan inovasi.

“Bangga kerana membawa nama UiTM ke peringkat antarabangsa, beliau menyatakan kejayaan ini bukanlah hasil usaha beliau sendiri sahaja, tetapi juga semangat dan tunjuk ajar daripada penyelia sepanjang tempoh pengajian,” jelas UiTM lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya