Pelajar terselamat jatuh bangunan asrama tingkat enam - Utusan Malaysia

Pelajar terselamat jatuh bangunan asrama tingkat enam

PEGAWAI perubatan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang jatuh dari bangunan tingkat enam kediaman asrama sebuah IPTA di Padang Besar, Perlis, semalam. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini berlumuran darah namun masih terselamat selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan kediaman asrama universiti berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 3 petang dan pasukan penyiasat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Mohd Shokri berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun dan menetap di bangunan kediaman asrama tersebut.

“Menurut saksi awal yang berada di sekitar lokasi kejadian memaklumkan bahawa terdengar bunyi di luar bangunan kediaman itu dan mendapati mangsa telah terbaring di lantai dengan berlumuran darah,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shokri berkata, mangsa pada masa itu masih berada dalam keadaan sedar namun tidak dapat bergerak.

Ujarnya, berikutan itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung kecederaan dialaminya itu.

“Pihak hospital juga mengesahkan bahawa mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Di samping itu, Mohd Shokri berkata, polis yang berada di lokasi kejadian turut mengambil keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Tambahnya, mana-mana saksi lain juga diminta tampil bagi memberi keterangan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan ketika ini.

“Polis turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya