Pegawai perkhidmatan terima habuan luluskan dana Penjana bernilai RM 1.3 juta - Utusan Malaysia

Pegawai perkhidmatan terima habuan luluskan dana Penjana bernilai RM 1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai perkhidmatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta.

Suspek berusia lewat 20-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 4 petang semalam ketika diminta hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut di antara 2021 hingga 2022 menerusi seorang lelaki.

“Lelaki berkenaan bertindak sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat tersebut,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya