Pegawai Maritim Malaysia bertugas LIMA ‘23 dikhuatiri hilang

Pegawai Maritim Malaysia bertugas LIMA ‘23 dikhuatiri hilang

GAMBAR Mohd. Ridhaudden Rosman yang hilang ketika mendaki di Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dikhuatiri hilang semasa mendaki di Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang, di sini petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd. Ridhaudden Rosman, 32, pada pukul 12.47 pagi ini. 

Katanya, mangsa bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) Maritim Malaysia Putrajaya dan berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

“Siasatan mendapati motosikal yang digunakan mangsa masih berada di kawasan letak kereta kawasan air terjun Telaga Tujuh. 

“Mangsa dipercayai telah ke lokasi itu bukan untuk tujuan tugasan dan memuat naik status di aplikasi media sosial pada pukul 4.45 petang dan berkomunikasi dengan isterinya pada pukul 5.25 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shariman berkata, pencarian dimulakan seawal pukul 2 pagi yang melibatkan 23 pegawai dan 68 anggota polis, bomba, Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pencarian turut melibatkan 15 orang awam yang mahir tentang laluan di kawasan gunung itu selain membabitkan kekuatan dan aset darat dan udara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya