PDRM nafi kenderaan plat ‘P 3’ miliki 397 tunggakan saman

PDRM nafi kenderaan plat ‘P 3’ miliki 397 tunggakan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mempunyai tunggakan saman sebanyak 397 bernilai lebih RM100,000. 

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan membuat semakan saman PDRM ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Katanya, hasil semalam mendapati tiada sebarang tunggakan saman seperti yang dinyatakan.

“Sehubungan itu, JSPT menegaskan agar orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan.

 “Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai sebuah kereta SUV bernombor pendaftaran ‘P 3’ yang didakwa mempunyai 397 saman berjumlah RM 118,700. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya