Pasukan petugas pelaksanaan rangkaian 5G dibentuk

Pasukan petugas pelaksanaan rangkaian 5G dibentuk

FAHMI Fadzil mengadakan pertemuan bersama pihak penyedia perkhidmatan 5G di KKD, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: sebuah Pasukan Petugas dibentuk bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) berjaya mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia susulan pertemuan bersama pihak penyedia perkhidmatan, semalam.

Kata beliau, penubuhan pasukan petugas itu turut berperanan memastikan pelaksanaan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan lancar pada awal tahun depan.

“Pasukan Petugas ini dipengerusikan secara bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha kementerian ini serta diurusetiakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, pasukan ini akan turut dianggotai pihak DNB dan penyedia perkhidmatan termasuklah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL Communications (YTL) dan U-Mobile serta pihak-pihak lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

“Matlamat utama pasukan ini untuk memantau rangka kerja dan pelan peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia bagi menjamin keteraturan dan ketertiban pelaksanaannya dari aspek perundangan, teknikal dan kewangan,” katanya.

Kabinet sebelum ini bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

Pada masa sama peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global pada awal tahun depan.

Menurut beliau, ia bukan sahaja mampu menawarkan kepelbagaian rangkaian untuk rakyat, malah untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya