LANGKAWI: Seluruh cabang pasukan pertahanan negara diseru sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sekiranya pasukan pertahanan bergerak seiring dan teguh bersatu, negara akan dapat menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang. Titah baginda, kesemua barisan pertahanan diseru agar terus merapatkan barisan dan bekerja dalam satu pasukan sebagai benteng pertahanan negara dan memberi jasa bakti agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang. “Perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat akan memberikan kita lebih cabaran untuk menyediakan sumber…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya