Pastikan inisiatif Mecca Route lancar, tiada gangguan sistem

Pastikan inisiatif Mecca Route lancar, tiada gangguan sistem

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika mengadakan lawatan ke kaunter khas jemaah haji di KLIA Terminal 1. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Imigresen (JIM) diminta supaya memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bagi urusan jemaah haji Malaysia di bawah inisiatif Mecca Route.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu menjadi keutamaan pihaknya bagi memastikan urusan terbabit berjalan lancar.

“Tidak boleh ada gangguan, tidak boleh ada kekurangan kakitangan, begitu juga dengan sistem, tak boleh tergendala.

“Itu antara komitmen yang kita bagi kepada pihak JIM bagi memastikan tugas dan proses ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau juga memberi jaminan jemaah haji Malaysia tidak perlu risau tentang urusan dokumentasi kerana JIM akan membantu melancarkan urusan.

Dalam lawatan tersebut, beliau berpuas hati dengan kelancaran di bahagian Imigresen bagi kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi dan masa urusan dokumentasi diambil sangat pantas tidak sampai 30 saat.

“Saya percaya keselesaan jemaah keutamaan bagi kedua-dua negara dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerajaan Malaysia kepada Arab Saudi atas inisiatif ini,” katanya.

Menerusi inisiatif Mecca Route, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila jemaah Malaysia tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, mereka tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Mecca Route merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman, yang dilaksanakan sejak 2017.

Ia bertujuan mempermudahkan urusan jemaah Haji dan Umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci diterajui bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Lembaga Tabung Haji dan Malaysia Airport Holding (MAHB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya