Operator maut tersepit mesin penarik fiber - Utusan Malaysia

Operator maut tersepit mesin penarik fiber

Operator maut
MANGSA seorang pekerja sebuah kilang maut ditarik sebuah mesin penarik fiber sehingga tersepit ketika sedang bekerja dekat premis tersebut di Jalan Bukit Kemuning di Shah Alam, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang operator warga Bangladesh dekat sebuah kilang pengeluaran produk berasaskan plastik dan gentian di Jalan Bukit Kemuning, di sini, maut akibat tersepit pada mesin penarik fiber ketika sedang bekerja, pada awal pagi tadi.

Md. Suruj Ali, 21, maut ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah akibat ditarik mesin berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.17 pagi dan menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun, tersepit dekta mesin menarik fiber ketika sedang bekerja dan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari mesin tersebut.

“Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM). Mangsa diserahakn kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya