PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan dirinya akan menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Nurul Izzah berkata, dakwaan bahawa dirinya akan bertanding untuk PRN tidak benar dan sebaliknya akan menjalankan tanggungjawab sedia ada.
“Saya tetap komited dengan tanggungjawab semasa saya iaitu sebagai ketua bersama sekretariat jawatan kuasa penasihat yang diketuai oleh Tan Sri Hassan Marican,” ciapnya menerusi laman Twitter.
Terdahulu, media melaporkan, Nurul Izzah dijangka kembali bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai negeri tersebut serta beliau akan dilantik ke jawatan tetap.
Sementara itu, Nurul Izzah menggesa media untuk bertanggungjawab terhadap laporan tersebut.
“Saya menggesa media untuk bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak memberikan kepercayaan kepada dakwaan yang tidak berasas,” katanya.-UTUSAN