Nizam Laksamana tulis surat terbuka kepada Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Nizam Laksamana tulis surat terbuka kepada Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nizam Laksamana berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperhalusi pemilihan penyanyi yang dijemput mengadakan persembahan sempena rumah terbuka Malaysia Madani yang diadakan di beberapa negeri.

Nizam yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berharap penyanyi-penyanyi seangkatan dirinya dari era 90an turut dipilih bagi menjayakan acara lain termasuk program bersama rakyat.

“Ramai rakan-rakan artis legenda 90an mempunyai lagu malar segar. Sayangnya amat kurang mendapat tempat atau perhatian untuk dijemput sebagai penghibur rakyat.

“Saya sangat yakin lagu-lagu kami juga menghiburkan malah, lagu-lagu kami berkonsep ‘sing along’ yang pastinya akan turut dinyanyikan secara beramai-ramai. Itu saya pasti kerana semua lagu kami adalah kategori lagu Hits di masa itu,” tulisnya dalam Facebook, hari ini.

Dengan pemilihan tersebut, Nizam berkata, artis-artis 90an dapat merasai limpahan rezeki yang sesekali datang seperti majlis sambutan raya atau semasa kempen Pilihan Raya Negeri.

“Kami adalah penghibur rakyat yang perlu diberi perhatian. Saya menulis dengan niat mencari ruang serta memberitahu kami masih ada daya crowd puller melalui lagu-lagu kami.

“Bayaran bagi seorang artis sudah pasti besar semestinya. Apalah salah rezeki itu juga dikongsi kepada kami juga. Inilah harapan saya penyanyi rakyat biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya