NEC tumpu 3 fokus tangani isu pekerjaan tahun ini

NEC tumpu 3 fokus tangani isu pekerjaan tahun ini

KADAR pengangguran negara menurun sedikit pada Mei 2024. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Pekerjaan Negara (NEC) akan memberi fokus kepada tiga usaha utama tahun ini termasuk mencipta peluang pekerjaan, menyedia program penempatan latihan dan peningkatan kemahiran serta menangani isu struktural pasaran buruh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tiga fokus itu penting bagi mengatasi isu pengangguran dalam kalangan belia, ketidak sepadanan penawaran dan kadar upah bersesuaian.

Beliau berkata, biarpun kadar penggangguran menurun kepada 3.5 peratus tahun ini berbanding 4.0 tahun lalu, namun isu berkenaan belum ditangani sepenuhnya.

“NEC mengenal pasti 49 inisiatif berkaitan pekerjaan di bawah Belanjawan 2023 untuk dilaksanakan oleh 63 Agensi Pelaksana dan dipantau secara aktif oleh LAKSANA yang bertindak sebagai Sekretariat NEC.

“Di samping itu, 12 daripada 32 fokus inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Penciptaan Pekerjaan Nasional akan turut mula dilaksanakan dalam usaha menangani isu struktural Pasaran Buruh,” katanya menerusi kenyataan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat NEC, hari ini.

Katanya, NEC juga bersetuju dengan sasaran sebanyak 119,964 penciptaan pekerjaan yang akan direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik bagi tahun ini.

Fadillah berkata, kerajaan yakin strategi digariskan NEC akan dapat meneruskan momentum dalam memperkasa ekonomi negara, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.

Menurutnya, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju akan kepentingan pewujudan pangkalan data yang menyeluruh bagi sektor pekerjaan dalam membantu NEC merangka strategi dan dasar yang lebih strategik berasaskan data.

“Bagi tujuan tersebut, LAKSANA sebagai sekretariat NEC diberi mandat untuk menyelaras dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi pelaksana berkaitan dengan memanfaatkan pangkalan data sedia ada yang telah dibangunkan,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata, sebanyak 600,984 rakyat Malaysia berjaya mendapat pekerjaan atau menjana pendapatan sendiri tahun lalu sekali gus melepasi sasaran 600,000 yang ditetapkan.

Katanya, sebanyak 144,376 pekerjaan baharu berjaya direalisasikan melalui pelaburan langsung asing dan domestik iaitu lebih tinggi daripada 138,342 yang disasarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya