ND Lala ajak orang ramai beraya, Sabtu ini - Utusan Malaysia

ND Lala ajak orang ramai beraya, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekian lama tidak membuat sebarang hantaran dalam media sosial, penyanyi popular era80an, ND Lala menjemput orang ramai hadir ke majlis raya eksklusif yang akan diadakan pada 6 Mei ini di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, ND Lala mempelawa lapan individu bertuah untuk dibimbing menerusi program keusahawanan yang disediakan sehingga berjaya.

“Saya ingin menjemput anda menyertai program eksklusif Ver-Raya. Saya ingin mencari lapan orang dalam media sosial untuk dibimbing sehingga berjaya melalui sesi penerangan secara percuma.

“Syaratnya berumur 18 tahun ke atas dan terdapat sesi konsultasi perniagaan, cabutan bertuah dan peluang keusahawanan,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang sindiran netizen yang memberi nasihat kepada penyanyi itu supaya pulang berhari raya dengan ahli keluarganya.

“Balik beraya dan luangkan masa dengan anak dan isteri pertama itu lagi bagus. Bawa-bawa bertaubat jangan hanya ikut nafsu sahaja,” perli warga maya.

“Sudah tua hendak menggatal lagi, sedarlah kubur sudah memanggil-manggil,” tulis netizen.

Terdahulu, ND Lala terpalit kontroversi kononnya dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Usaha untuk mendapatkan ND Lala untuk merungkai kemelut tersebut gagal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya