Mujahid dipilih Senator - Utusan Malaysia

Mujahid dipilih Senator

MUJAHID Yusof (tiga dari kiri) bersama Saarani Mohamad dan wakil rakyat kerajaan selepas Persidangan DUN Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Usul pemilihan Ahli Dewan Negara itu dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan disokong oleh Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja).

Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudiannya mengumumkan Mujahid sebagai Ahli Dewan Negara selepas menjadi calon tunggal.

Mujahid yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada persidangan DUN kali ini, sebanyak empat usul diluluskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023, RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, Meminda Perenggan (b) Fasal (1) Perkara (38) XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya