MSU sasar wujudkan kumpulan 100 alumni jutawan - Utusan Malaysia

MSU sasar wujudkan kumpulan 100 alumni jutawan

MSU
RAJA Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin (tengah) berkenan bergambar bersama Mohd. Shukri Abd. Yajid (kanan) dan graduan pada Majlis Konvokesyen MSU ke-31, Management and Science University (MSU) di Dewan Canselor MSU, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Management & Science University (MSU) berhasrat melangkah ke satu peringkat apabila menyasarkan untuk melahirkan kumpulan 100 jutawan dalam kalangan graduannya yang kini menjadi pemain industri dalam pelbagai bidang.

Presidennya, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, beliau mahu meningkatkan potensi alumninya selepas tiga dekad melahirkan ribuan graduan dari universiti itu.

“Kita sedang mewujudkan pangkalan data alumni-alumni ini dan meneliti kursus micro credential yang sesuai untuk mereka ikuti bagi meningkatkan potensi diri menjadi seorang jutawan.

“Bagi mencapai objektif tersebut kita akan memperkasa program kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan keusahawanan di MSU untuk alumni-alumni ini,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen MSU Ke-31, hari ini.

Seramai 1,532 graduan dari 102 program pengajian menerima skrol masing-masing pada majlis konvokesyen tersebut yang berlangsung selama dua hari, sehingga esok.

Dalam pada itu, beliau menyatakan, Covid-19 menjadi anjakan kepada MSU membuat perubahan 360 darjah untuk memastikan kebolehpasaran graduannya terus berada di landasan yang terbaik.

“Pasca pandemik Covid-19 kita ingin memastikan mahasiswa kita bukan sahaja boleh diterima pasaran kerja tetapi mereka mewujudkan sendiri kerja dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini yang menjadi fokus kita bagi mewujudkan kursus micro credential (jangka pendek) untuk alumni-alumni kita lebih berjaya dalam bidang keusahawanan berlandaskan teknologi termasuk kewangan (fintech),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya