Mohd. Shafie persoal bahas RUU Anti Lompat Parti

Mohd. Shafie persoal masa tidak cukup bahas RUU Anti Lompat Parti

MOHD. Shafie Apdal (kanan) bersama Datuk Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Susun atur mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meletakkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sebagai agenda terakhir menjadi isu pertama dibangkitkan pada persidangan DUN kali ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melahirkan kebimbangan mengenai kekangan masa untuk membahaskan RUU yang penting itu.

Katanya, beliau bimbang ahli Dewan berhadapan dengan kekangan masa untuk membahaskan RUU Anti Lompat Parti kerana RUU berkenaan berada paling hujung dalam agenda persidangan DUN yang berlangsung bermula semalam hingga Khamis.

“Saya menyokong RUU Anti Lompat ini tapi, saya lihat sebahagian tidak perlu dibahas seperti pindaan Perlembagaan. Namun, saya bimbang sama ada masa mengizinkan untuk kita berbahas.

“RUU Anti Lompat ini boleh stabilkan kedudukan Ketua Menteri supaya tidak diganggu gugat. Kita mahu stabilkan keadaan politik di negara ini jadi, saya tanya sama ada masa mencukupi untuk berbahas kerana ada empat RUU akan dibentangkan,” katanya semasa persidangan DUN hari ini.

Mohd. Shafie juga memetik kenyataan Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dalam laporan akhbar yang menyatakan sehari tidak cukup bagi membahaskan RUU Anti Lompat Parti.

Kadzim berkata, laporan akhbar tidak boleh dirujuk kerana semasa sidang akhbar dibuat, belum ada notifikasi daripada kerajaan mengenai RUU Anti Lompat Parti. Notifikasi tersebut hanya diterima olehnya pada sebelah petang.

“Menyatakan sehari tidak cukup adalah pandangan peribadi saya sekiranya semua mahu berucap. Tapi, susun atur sedia ada hanya libakan pindaan kecil iaitu wakaf, tanah dan perhutanan.

“Selepas itu, kita akan mengambil masa seberapa banyak yang boleh untuk RUU Anti Lompat ini dapat dibahaskan sepenuhnya bagi mereka yang mahu berbahas,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya