Misi bersama Malaysia, Indonesia ke EU tangkis kempen anti-kelapa sawit

Misi bersama Malaysia, Indonesia ke EU tangkis kempen anti-kelapa sawit

- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia bakal melaksanakan misi bersama ke Kesatuan Eropah (EU) akhir bulan ini dalam usaha menangkis kempen anti-kelapa sawit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, misi khas itu turut akan mendapatkan penjelasan isu kawal selia baharu blok tersebut dalam penerokaan hutan.

Ia susulan jaminan Duta Besar EU Ke Malaysia, Michalis Rokas mengenai Peraturan Bebas Penebangan Hutan (EUDR) yang tidak menjejaskan sistem ladang di bawah Felda.

“Insya-Allah kita dan Indonesia akan ke ibu pejabat sekretariat EU di Brussels, Belgium untuk dengar pencerahan daripada mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Dewan Sri Satria di sini, hari ini.

Semalam, Rokas pada sesi dialog isu minyak sawit kelolaan Kedutaan EU dan Kelab Koresponden Asing Malaysia memaklumkan blok itu melaksanakan EUDR sejak 202, malah menyangkal dakwaan konon peraturan baharu itu melindungi kepentingan pasaran minyak bijian yang tidak mampu bersaing dengan minyak sawit.

Mengulas lebih lanjut, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, misi ke EU itu sudah dirancang lama ketika sesi perjumpaan beliau dengan Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto susulan pertemuan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Presiden Joko Widodo di Bogor pada Januari lepas.

“Kita bukan sahaja jumpa kepimpinan EU malah akan ada sesi libat urus dengan para pemain industri di Eropah bagi menerangkan pendirian kita dan Indonesia,” jelas beliau.

Langkah proaktif itu ujarnya, tidak sekadar untuk memastikan peraturan EUDR tersebut memang tidak mengancam pekebun kelapa sawit di negara ini sebagaimana dijanjikan.

Pada masa sama tambahnya, Malaysia dan Indonesia akan menjalinkan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan di EU agar tiada kempen propaganda anti-sawit kerana ramai pihak di blok tersebut masih salah faham kononnya Malaysia bebas mengamalkan penebangan hutan.

Usaha sedemikian kata Fadillah, juga bakal memperjelaskan peranan kerajaan dan pihak industri tempatan yang gigih memastikan kelestarian alam dan standard buruh global.

Beliau turut berharap, langkah itu akan dibawa pula ke peringkat serantau menerusi platform Sidang Kemuncak ASEAN yang ketika ini berlangsung Labuan Bajo, Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya