OGAWA MAESTRO bawa kesejahteraan ke tahap lebih tinggi

Membawa kesejahteraan ke tahap yang lebih tinggi dengan OGAWA MAESTRO

ogawa
PELANCARAN rasmi OGAWA MAESTRO yang dihadiri Timbalan Pengarah Ogawa Malaysia, Mr Leong Boon Hong; Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengiklanan One Utama, Chai Ai Ping; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Ogawa Malaysia, Datuk Lim Mee Ling; Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Dr. Kaharudin Dimyati; Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Nasrul Anuar Abd Razak dan Prof. Madya. Dr. Lai Khin Wee dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: OGAWA, jenama terkemuka dalam industri kesejahteraan, dengan bangganya mengumumkan pelancaran produk terbaru mereka: OGAWA MAESTRO – dikuasakan oleh OVERSEER, dengan slogan “Menerajui Masa Depan Kesejahteraan.”

Kerusi urut inovatif ini direka untuk menyediakan pengalaman urut yang mendalam dan sempurna dengan menggabungkan sentuhan, penglihatan, pendengaran, dan deria bau, difasilitasi oleh sistem kawalan AI generasi seterusnya yang dipanggil OVERSEER.

OGAWA MAESTRO – dikuasakan oleh OVERSEER merupakan yang pertama menggabungkan rangsangan multisensori (MSS) dalam menyediakan pengalaman urut yang benar-benar menyeluruh.

Teknologi ini menggunakan terapi cahaya merah untuk meningkatkan kualiti tidur, terapi ion negatif untuk menguatkan imuniti, dan terapi muzik dengan rentak binaural untuk menggalakkan relaksasi dan mengurangkan tekanan.

Sistem kawalan AI OVERSEER merupakan asas pengalaman OGAWA MAESTRO. Ia menggunakan algoritma canggih untuk mengesan keadaan tubuh setiap kali seseorang duduk, mencipta program adaptif yang memilih ciri urut tersesuai untuk individu tersebut untuk menghilangkan tekanan dan membaik pulih.

ogawa

Teknologi AI generasi seterusnya ini berfokus pada kesejahteraan fizikal dan mental dan direka untuk mengurangkan masalah zaman moden seperti tekanan kerja, diet yang tidak sihat, dan penggunaan komputer yang berpanjangan.

Selain itu, OGAWA MAESTRO mempunyai sensor ketepatan dan pengesan keletihan AI untuk menyampaikan pengalaman urut yang tepat dan peribadi.

Ia menampilkan roller 4D thermo yang boleh dipanaskan hingga 50°C dalam 2.5 minit, kotak gear 4D yang mensimulasikan sentuhan seperti manusia, dan urutan betis 3D untuk penjagaan kaki yang menyeluruh.

Kerusi ini juga dilengkapi pemproses mikro Jepun M.5 Gen™ untuk mencapai prestasi yang optimum, bersama dengan teknologi pengesanan titik acupoint untuk pengesanan titik akupresur yang tepat.

Terapi tekanan udara kerusi membimbing pengguna untuk bernafas dalam, tenang, dan semula jadi, memberikan faedah yoga tanpa perlu meninggalkan kerusi.

Suite kawalan AI baharu OVERSEER ini telah diasah untuk mengimbangi keperluan tubuh pengguna dengan pengalaman urut yang diinginkan; dan menyediakan pengalaman tanpa sentuhan dan mudah dioperasi melalui arahan suara.

Penyelidikan OGAWA bersama Universiti Malaya yang berterusan bertujuan untuk memperbaiki masa depan kesejahteraan untuk semua. Projek penyelidikan yang pertama ini menunjukkan bahawa Program Auto OGAWA M6 Deep Tissue membawa kesan peningkatan sebanyak 81.32% dalam peredaran darah.

Seterusnya, Program Auto OGAWA M6 Sweet Dream mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 88.73% dalam kualiti tidur dan kecekapan.

Dengan mengalakkan lebih banyak kerjasama di masa hadapan, inisiatif-inisiatif ini mewakili peluang untuk meneroka lebih jauh, menginovasi dan memajukan faedah terapi urutan dan kesejahteraan.

Melalui inovasi berterusan daripada OGAWA sejak 1996, OGAWA MAESTRO – dikuasakan oleh OVERSEER merupakan sebuah kerusi urut canggih yang menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri urut yang menyeluruh, menjadikannya solusi yang sempurna bagi mereka yang mencari pengalaman kesejahteraan yang benar-benar holistik dan praktikal.

Kunjungi halaman sosial OGAWA (Facebook, Instagram, YouTube) dan laman web maklumat terkini mengenai pelancaran produk yang akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya