ME2023 mohon imej satelit kesan Muhammad Hawari

ME2023 mohon imej satelit kesan Muhammad Hawari

PETA pencarian misi SAR Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) kini sedang memohon mendapatkan imej satelit sebagai langkah terbaharu mengesan Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya berharap permohonan itu dapat dipenuhi selepas usaha menjejaki Muhammad Hawari menerusi jalan darat dan udara buntu.

Beliau berkata, ketika ini, skop pencarian dibesarkan ke Kem Empat dibantu empat orang malim gunung.

“Kesemua kawasan yang dilakukan sasaran ini sangat berisiko dan perlu tenaga mahir dan merekalah (malim gunung) kita perlukan dalam misi ini.

“Kawasan Kem Empat ini sangat luas kerana ia membabitkan sempadan Nepal-Tibet,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa Tibet.

Azim berkata, setakat semalam, skop pencarian meliputi tiga kawasan utama di Kem 2 dan Kem 3, namun tiada tanda-tanda Muhammad Hawari pernah berada di sana.

Malah, katanya, misi mencari dan menyelamat menerusi udara juga dijalankan sejak hari pertama membabitkan tinjauan dari aras 8,300 meter sehingga 5,345 meter.

“Menerusi tinjauan itu, ada beberapa tinggalan lama ditemui, namun kelibat Muhammad Hawari tidak kelihatan.

“Semoga segala usaha lancar dan berharap Muhammad Hawari segera ditemui. Terima kasih semua yg doa dan bantu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya