Mayat wanita ditemukan dalam rumah - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan dalam rumah

KEADAAN di lokasi kes penemuan mayat seorang wanita di dalam rumah di Kampung Tersusun, Jalan Tali Air, Simpang Lima di Bagan Serai semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Mayat seorang wanita dijumpai di dalam rumahnya di Kampung Tersusun, Jalan Tali Air, Simpang Lima di sini semalam.

Difahamkan mayat wanita berusia 62 tahun itu dijumpai oleh seorang jirannya.

Sebelum itu, dikatakan anak wanita tersebut telah menghubungi jirannya itu untuk mengetahui keadaan ibunya sebelum mayat wanita itu ditemukan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati mayat telah dibawa ke Hospital Parit Buntar tengah malam tadi.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya