Mangsa banjir di Besut terima bantuan sebelum 31 Mei - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Besut terima bantuan sebelum 31 Mei

SEBAHAGIAN mangsa yang dipindahkan dalam kejadian banjir di Terengganu pada Disember tahun lalu - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seramai 5.391 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa banjir di daerah Besut akan menerima bantuan bencana tersebut sebelum 31 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mangsa banjir terlibat akan menerima bantuan RM1,000 seperti yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum ini.

Menurutnya, mangsa banjir itu membabitkan seramai 2,364 KIR dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, 1,187 KIR (DUN Jerteh) dan 664 KIR (DUN Jabi).

Katanya, kawasan lain pula 613 KIR (DUN Kota Putera) dan 563 KIR lagi (DUN Kuala Besut).

“Memang berlaku sedikit kelewatan bantuan banjir kali ini disebabkan terlalu banyak kes tuntutan bertindih dari mangsa.

“Ada satu rumah yang berlaku dua tuntutan berbeza di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ini menyebabkan proses pemutihan mengambil masa yang agak lama,” katanya kerika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Isu bantuan banjir di Terengganu menjadi rungutan mangsa banjir kerana agihannya didakwa terlalu lambat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bantuan banjir tersebut dijadualkan mula diagihkan pada Februari lalu, namun beberapa kali tertangguh dengan Besut menjadi daerah terakhir yang masih belum menerimanya hingga sekarang.

Ahmad Samsuri memberitahu, proses pengagihan bantuan banjir itu hanya daripada peruntukan kerajaan negeri.

Terima kasih kerana semua bersabar menunggu walaupun saya dengar ada yang sedih, bertanya bila hendak menerimanya (bantuan banjir),” ujarnya.

Dalam kejadian banjir di Terengganu Disember tahun lalu, lebih 40,000 mangsa banjir terpaksa ditempatkan di 315 pusat pemindahan sementara di semua lapan daerah di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya