PETALING JAYA: Malaysia bertekad untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia juga akan sentiasa berusaha memperkukuh hubungan bersama negara tetangga di ASEAN dengan berteraskan semangat Madani dan gagasan ASEAN. “Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini. Beliau dan delegasi berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 bermula semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya