KIRA-KIRA 200 orang menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya 2023 anjuran Persatuan Pesara UTM di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor UTM Johor, baru-baru ini.
Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah, hadirin turut dihiburkan dengan lagu-lagu raya.
Antara yang hadir, Yang Dipertua Persatuan Pesara UTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmad Darus, bekas Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr Wahid Omar, bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof. Emeritus Syed Fahmy Syed Mansor dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Datuk Dr. Mohamed Said Mat Lela serta Ahli Jumaah Diraja Johor, Datuk Dr Kassim Thukiman.
Majlis turut diserikan dengan cabutan nombor bertuah. – UTUSAN