Mad Zaidi dilantik KSU KPK

Mad Zaidi dilantik KSU KPK

MAD ZAIDI MOHD. KARLI@SUKARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian sama berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Mad Zaidi, 53, berpengalaman selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London itu, Kata Mohd. Zuki, beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Mad Zaidi, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi Kementerian itu.

“Ia khususnya dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya