Maaf kalau ada yang kurang senang - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Maaf kalau ada yang kurang senang – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, enggan dikenali dengan kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu berharap dikenali dengan bakat dan kesungguhan dalam bidang yang diceburi.

“Saya mohon maaf kalau ada yang kurang senang dengan cerita-cerita saya sebelum ini. Percayalah, tidak ada sesiapa yang mahu dikenali dengan kontroversi. Tapi itu semua diluar kawalan saya.

“Sebenarnya saya bersyukur, ada yang nampak kesungguhan saya untuk menjadi penyanyi selepas saya menyertai rancangan Family Duo.

“Namun, saya percaya, kalau ada rezeki (dalam bidang seni) maka adalah. Tidaklah menekan diri,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kerjasama antara Secret Recipe dengan Universal Music.

Bella, selain penyanyi, Athalia, Meernash dan Yonnyboii dan ramai lagi bakal menjayakan program yang telah disusun sempena kerjasama tersebut.

Ibu kepada dua cahaya mata itu dalam masa yang sama menolak persepsi yang mengaitkan kebahagiaan dengan penampilan seseorang.

“Ada yang kata, cantik mana seorang isteri itu, kalau sudah takdir, tetap akan dicurangi. Semua itu terpulang kepada diri masing-masing.

“Kebahagiaan seseorang tidak tertakluk kepada kecantikan atau keperibadiaan seseorang. Ada kawan saya, penampilannya tidaklah cantik, tapi suaminya tetap sayang.

“Ini semua ketentuan. Pasangan, kita, kalau nak tengok perempuan lain, dia akan buat. Kita isteri tak boleh buat apa-apa. Cuma kita kena perbaiki diri dan tingkat keyakinan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya