Lenka belanja 16 lagu dalam konsert di Zepp KL, malam ini - Utusan Malaysia

Lenka belanja 16 lagu dalam konsert di Zepp KL, malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu The Show dan Trouble Is A Friend, Lenka Kripac bakal mempersembahkan 16 lagu semasa konsert di Zepp Kuala Lumpur, malam ini.

Konsert yang dibawakan khas oleh penganjur, Push Play bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Lenka yang pernah melonjakkan nama penyanyi berusia 44 tahun ini.

Lenka berkata, proses pemilihan lagu juga agak mencabar kerana dia perlu memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi albumnya.

“Untuk konsert ini tiada penyanyi jemputan dan saya juga tidak akan menyanyikan lagu saduran penyanyi lain.

“Saya sendiri sudah mempunyai enam album dan sudah tentu banyak lagu sendiri yang perlu dipilih. Ada juga terfikir nak pilih lagu yang sudah lama tidak dinyanyikan serta beberapa lagu baharu,” katanya semasa sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

Lenka yang memperjuangkan genre Indie Pop, sudah menghasilkan lima album sejak kemunculan dalam industri muzik pada 1994, dengan dua EP baharu, Recover dan Discover dikeluarkan pada 2020.

Untuk rekod, lagu The Show pernah meraih kejayaan tersendiri apabila dipilih oleh banyak penerbit, terutamanya pengiklan untuk menyertakan single tersebut.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga diyakini mampu menarik minat dalam kalangan generasi baharu melalui lagu-lagu yang terdapat dalam EP Discover.

Walaupun membesar di Australia, namun karya seni Lenka menerima sambutan lebih baik oleh peminat di Amerika Syarikat.

Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket konsert yang dijual dengan harga RM189 untuk Zon Berdiri, RM239 Zon Duduk dan RM3,800 bagi VIP Box.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya