Lelaki maut kereta terbabas, langgar tiang lampu - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbabas, langgar tiang lampu

Maut kereta terbabas
PASUKAN bomba cuba mengeluarkan mangsa kemalangan maut dekat Jalan Bendahara 8 menghala ke Jalan Kebun Nenas, dekat Taman Sentosa, di Klang, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Kia Forte dipandunya terbabas ketika melalui Jalan Bendahara 8 menghala ke Jalan Kebun Nenas, dekat Taman Sentosa di sini, awal pagi tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika hujan lebat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Kereta dipandu lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan. Ketika pasukan bomba sampai di lokasi, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terperangkap dalam kereta tersebut dan tidak tersepit.

“Dalam tempoh lima minit, pasukan bomba mengeluarkan dan mendapati mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya